Thursday, 7 July 2011





Kisah ini berlaku sewaktu di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.
Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"
Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
"Adakah wanita itu orang gila?"
Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.
"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.
"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.”(Riwayat al-Tirmizi)

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (as-Syura:20)
“Ya Allah berilah kami di dunia kebaikan dan di akhirat kebaikan, dan selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (al-Baqarah:201)




Puisi : Buat remajaku..
Assalamualaikum kwn2 , hri ni saya nak share puisi dari kakak yg sngt prihatin buat remaja2 di luar sana (termasuk diriku)

Buat remaja yang mencari cinta
Mencintai itu memang indah rasanya
Damai, tenang dan bahagia
Sukma merasa, inilah cinta
Inilah kurnia
Inilah dunia
Inilah syurga

Namun, ketahuilah remaja
Iman dan hati
Memberontak benci
Fitrah hati, cintakan cinta
Yang suci murni
Bukan cinta yang hina tidak bersyariat bersemi

Islam hadir membawa panduan
Bagi mendapatkan
Cinta suci yang diidamkan

Mengapa ada yang ditinggalkan
Setelah menjalin ikatan
Pertunangan atau percintaan
Semuanya kerana
Cinta tanpa panduan

Muslimah,remajaku sayang
Jangan dikau pula berkata
Di saat ini kau sedang berbahagia
Bersama si dia
Atau kau pula berkata
Aku lebih kenal si dia!
Si dia tak mungkin tinggalkan saya!
Atau kau juga berkata
Mencintai itu memang fitrah manusia
Ingin dicintai itu memang fitrah kita
ALLAH juga yang mencipta fitrah semuanya

Dengarlah… Remajaku sayang…
Atas nama fitrah!

Atas nama fitrah
Dua mempelai saling membelai
Atas nama fitrah
Dua pasangan saling bersentuhan
Atas nama fitrah
Dua jantina keluar bersama
Atas nama fitrah
Mereka menjalin hubungan asmara
Atas nama fitrah
Mereka sanggup mengetepikan agama
Atas nama fitrah
Bersemi di hati, segala maksiat dan zina hati
Anjuran Iblisi laknatullahi’alaih

Aduh! Remajaku sayang!
Segalanya dilakukan atas nama fitrah
Jangan tertipu, remajaku sayang
Berkasih-kasihan sebelum nikah
Tetap salah!
Ingatlah, remajaku sayang
Pelbagai jarum dan helah
Segala syariat akan ditegah
Oleh syaitan laknatullah
Agar dikau, remajaku sayang
Terhumban ke dalam penjara Allah
Jangan, remajaku sayang
Ingatlah!
Fitrah itu mampu berubah
Menjadi FITNAH.


Aduh, remajaku sayang!
Aku tak mahu melihat generasi harapanku
Aku tak mahu melihat syabab dan muslimah pilihanMu
Hanyut dalam arus dunia dan nafsu
Aku tak mahu itu berlaku
Remajaku sayang,
Peliharalah dahulu cintamu
Sabarkanlah nafsumu dahulu
Peliharalah ia
Sehingga syariat menghalalkannya
Agar dikala dikau dimilki oleh si dia
Cintamu suci, terjaga oleh hijab ISLAMI
Itulah nikmat cinta yang paling suci!

Penulis : Sahabat sahabiah, generasi mudalah harapan kita. Jika dibazirkan dengan cinta yang buta semata, semakin lamalah kita tertidur dari kebangkitan Islam. Semakin lamalah saudara seakidah kita berlumuran derita di Palestin sana. Cukuplah, sucikanlah hati, agar Islam terus maju dengan syabab dan muslimah dengan jati diri insani yang sejati!

Wassalam.



aku cuma An-Nisa'
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..


Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..


Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada


Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.


Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah


Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..


Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah


Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..


Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.


Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan


Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!


Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..


Posted by ilmu-ilmu&luahan hati at 9:51 AM 0 comments Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Share to Google Buzz

israk mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S.
kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. :

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)

wallahua'lam..


Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ




بسم الله الرحمن الرحيم



Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa


Waktu Terasa Semakin Berlalu

Malam ini cukup indah.Sang bulan bersinar terang menerangi kegelapan malam manakala sang bintang pula menghiasi ruang angkasa dengan kerlipannya yang memukau mata dan membuat jiwa menjadi sayu seketika.Sang cengkerik pula sedang khusyuk berzikir memuji kebesaranNya membuatkan suasana malam ini begitu ceria sekali.

Mengingati kegagalan masa lalu merupakan pembunuh masa depan kita.Usah dikenang perkara yang lalu,ia hanya menyakitkan hati sendiri.Seandainya kita mengenang kejayaan yang pernah dikecapi pada masa lalu,itu adalah positif kerana ia akan membakar semangat kita untuk terus berusaha menggapai cita2 yang kita inginkan.

Sebaliknya,jika kita mengingati kegagalan dan kedukaan masa lalu,ia dibimbangi menambahkan kelukaan hati dan melemahkan semangat untuk meraih kejayaan seterusnya.Tak perlu kita mengenang kegagalan dan kedukaan masa lalu.Anggaplah ia satu kenangan pahit yang realitinya mesti dihadapi dalam perjalanan hidup sebagai seorang insan....

Hidup ni ibarat berperang,perlu ada strategi dan perancangan.Harapan dan impian agar tahun baru yang kita lalui ini menjanjikan satu keindahan dan kejayaan dalam hidup.Biarlah ujian-ujian ini kita tempuh. Biar banyak mana sekalipun diuji, semoga ALlah kuatkan diri kita untuk menempuhnya. Ujian-ujian ini tidak layak untuk kita keluhkan. Ada yang lebih hebat diuji disana, di Palestin dan para sahabat serta para Rasul. Biar diri kita di uji, andai itu meraih cinta dan syurgaNya.

Yang penting hidup ini mesti sentiasa dihiasi dengan keceriaan dan kegembiraan.Biarlah insan lain tidak mengetahui kedukaan yang kita hadapi.Mungkin apabila kita ceria dan gembira,orang di sekeliling kita yang sedang sedih bertukar ceria.Biarlah senyuman kita yang dinukilkan meskipun tersembunyi kedukaan di dalam hati membuatkan alam ini bernyanyi riang.Sekurang2nya kita telah menggembirakan apa yang ada di sekeliling kita.Seorang doktor pernah berpesan,"Hendaklah engkau menguasai suasana,bukannya suasana menguasai dirimu,"

Ujian adalah normal dalam hidup.Ujian ibarat penghibur dalam kehidupan setiap insan.Tanpa ujian hidup ini mesti rasa bosan.Rasulullah bersabda "Sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.Selebat mana pun hujan yang turun akhirnya akan diganti juga oleh sang matahari yang kembali menceriakan suasana dengan sinar cahayanya.Segelap mana pun sang malam pasti akan berakhir apabila siang hadir...Begitulah dengan ujian,sepahit mana pun musibah yang melanda kita dan kegagalan yang pernah membuat hati kita berduka,pasti ia akan berakhir juga.RasuluLlah bersabda sebagai memotivasikan orang2 yang sedang dilanda musibah,"Tiada seorang muslim yang terkena musibah bala' gangguan atau penyakit,dan yang lebih ringan dari itu melainkan ALlah menggugurkan dosanya bagaikan gugurnya daun pohon,"

Ada pelbagai ragam cara insan untuk melepaskan tekanan dan kedukaan yang mereka hadapi.Ada yang menangis kerana baginya apabila tiada tempat untuk mengadu,maka air matalah yang menjadi teman setia meluahkan isi hati yang sedang sedih sehingga ada pujangga berkata,"Menangislah,moga2 kedukaan yang engkau hadapi itu akan berakhir,".Ada pula yang mengambil wudhu' lalu berdo'a memohon pertolonganNya kerana dia yakin ujian itu datangnya daripada ALlah maka pasti ALlah akan membantunya untuk menghadapi ujian berat ini.

Keyakinan yang tinggi dalam penguasaan emosi ketika menghadapi ujian amat penting dan ia melibakan penguasaan dari segi psikologikal.Mungkin dengan membaca buku2 motivasi yang dapat memberi nafas baru kepada kita untuk terus sabar menghadapi ujian hidup.Sebab itu,ada orang yang berkata,"Sebaik2 teman ialah buku,Ia sentiasa setia bersama kita walau di mana jua berada dan tidak pernah curang kepada kita.Ia mampu menyembuhkan luka di hati yang sedang tercalar dan mengubati jiwa yang terluka.Buku tak pernah mengkhianati sesiapa yang menjadi temannya malah sentiasa memberi nasihat dan motivasi... untuk kita jadikan panduan hidup...'"...



Waktu terus berlalu,hari semakin larut malam namun sang cengkerik masih menceriakan suasana malam dengan alunan zikir yang merdu menusuk jiwa.Hidup ini perlukan pengorbanan,tanpa pengorbanan tak akan hadir kejayaan yang kita inginkan.Oleh sebab itu dalam Bustanul Ariffin Imam Nawawi ada tertulis,"Sebenarnya 'ilmu itu tidak akan dapat dicapai dengan kerehatan badan".Semoga kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

WaLlahua'lam....



~ * ABADI * ~
بسم الله الرحمن الحيم
السَّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
"Kasih Ibu membawa rahmat ...,
" Kasih Ayah membawa berkat ...
" Kasih sayang kedua-duanya mengundang keredhaan Allah Ta'ala "....
Diriwayatkan Abdullah b.'Amr r.a.;- " Keredhaan Allah menurut keredhaan
ibubapa. Dan kemurkaan Allah menurut kemurkaan ibubapa."
( H.R.:- At Tirmidzi ; Sahih )
Ibnu Abbas r.a. berkata;- " Tiada seorang anak yang melihat wajah ayah ibu dengan
rasa kasih sayang ( rahmat ) melainkan Allah Ta'ala... akan mencatat untuknya pahala
haji yang mabrur ( diterima-NYA )." .{ سبحان اللهُ وتعالى } ....

Berkata Imam Al-Syafie:- " Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada kedua ibubapa
mu tanpa mengenal erti penat dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu
sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan kepada usiamu, menambah rezekimu
dan keampunan atas dosa-dosamu."

" Apabila seseorang hamba meninggalkan untuk berdoa kepada kedua ibubapanya, nescaya
terputuslah rezeki. (dpd Allah SWT) kepadanya." ( H.R.:- Al-Hakim & Ad Dailami)

Hadis diriwayatkan Imam Muslim dan Baihaqi ;- " Setiap anak yang dilahirkan itu adalah suci fitrahnya.
Maka ibubapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani ataupun Majusi."

" Tiada sesuatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya selain daripada
budi-pekerti yang baik." ( H.R.:- Al-Tirmidzi )

( QS:- Al- Israa' 17:24 ): " Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan
dan kasih sayangmu. Dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) ;- " Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat
kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil."

" Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku,kasihanilah mereka
sebagaimana mereka mengasih sayangi aku ketika dalam pemeliharaan mereka
ketika aku kecil. Ampunilah juga dosa orang-orang muslim muslimat, baik yang masih
hidup maupun yang sudah mati.
Dan jadikanlah hubungan kami dengan semua muslimin sentiasa baik. Ya Allah,
ampunilah dan kasihanilah kami, hanya Engkaulah Yang Maha Pengasih. Dan hanya
Engkau ya Allah Maha Perkasa lagi Maha Suci Engkau daripada sifat kekurangan.
Amin Ya Rolbal alamin ."

AL-Fatihah untuk ayah/ibu yang telah kembali ke Rahmatullah ....
Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang dikurniakan nikmat
(Jannahtul-Firdaus) dan dihindari azab yang pedih..{ الله اكبر} ..

H.R:- MUSLIM ;- " Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputus-
lah amalannya kecuali tiga perkara iaitu;- sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat
dan doa anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya." ...

H.R:- ABU DAWUD;- " Wahai Rasulullah, apakah masih ada cara berbakti kepada kedua
orang tuaku setelah keduanya meninggal? Baginda s.a.w. menjawab,:-"Ya, dengan
mendoakannya, meminta ampun untuknya, melaksanakan wasiat, menyambung silaturah
peminat setia


n0 time to lose
mutiara kata..=D
Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat. Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa bahagia`` - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh, tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan. Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata; Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan; Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan; Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

No comments:

Post a Comment